SEDAR

Resah kian berpanjangan
rebah ku di ranjang malam
tiba-tiba ku dilanda
oleh satu bahang cahaya

Mengapa aku di sini
terpenjara dalam api
diriku mula terbakar
bahangnya oh memijar

Zahir yang dasyat
batinku meraung hebat
tidak terkata
deritanya di neraka

Tiada aku terus mati
tapi dibangkitkan kembali
berlarutan ku dalam siksa
balasan untuk pendosa

Andai ada peluang
aku mahu pulang
sekali lagi ke dunia
namun tiada jalannya

Tersentak di dinihari
oleh takbir fajar aman
sesungguhnya ku bermimpi
kecundang di Hari Hukuman

Sememangnya dalam diri
gunung dosa ku meninggi
ku meratap dalam hati
memohon belas Ilahi

Ku insaf hingga saat ini
keampunan masih terbuka
ku sedar suatu hari nanti
sesalku tiada ertinya

Lagu & Lirik: Rizal

No comments: