MEMOIR BUAT BONDA



Seraut wajahmu ku terbayang
indahnya mesra menawan
semasa diri jauh di desa
tika ku mula mengenal dunia

Tabah dirimu meredah siksa
berkorban buatku sentiasa
engkau semaikan cahaya keimanan
mengajar erti kehidupan

Kini semuanya tinggal kenangan
lenyap dalam edaran zaman
kulihat bonda di lewat usia
dan aku pula telah dewasa

Biarpun jauh diriku kembara
namun dirimu tak dilupa oh bonda
akan ku kenang selama-lamanya
kasihmu membawa ke syurga

Semadikan irama rindu kita
berlagu dalam suka dan duka
ku doakan sejahtera bersama
buatmu duhai bonda tercinta

Lagu & Lirik: Rizal
*Lagu ini dirakamkan oleh kumpulan nasyid Fajar pada tahun 1995.

No comments: