SAYANG ADINDA



Semalam yang berlalu
tidak berulang lagi
kau tinggalkan jejakmu di jalan berliku
kerana turutkan hati nafsu membakar diri
terbiar tersisih

Senyuman dan tawamu
bagiku hanya palsu
maruah yang ternoda
tiada nilainya
kerana silau buana rela bersandiwara
berkuburlah cinta di malam berkaca

Adinda lupakan segala
lenamu didakap dunia
ketenangan dan kebahagiaan
tiada dapat kau rasakan

Biarpun kau di mana
terbuang yang kau rasa
masih ada yang sayang padamu adinda
keampunan Maha Esa oh tiada batasnya
bersamalah kita menuju ke sana

Lagu & Lirik: Rizal
*Lagu ini dirakamkan oleh kumpulan nasyid Fajar pada tahun 1995.

No comments: